Want your
own Fotopage?






 
:: Galeri Foto :: SK Taman Tun Aminah 1 ::
SK Taman Tun Aminah (1) SKTTA
By: sktta skudai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Nov-2008 11:41 Email | Share | | Bookmark
8 menyinar dalam UPSR 2008

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 33 photos...




Foto dan berita oleh : mknace


8 pelajar SKTTA cemerlang dengan mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan pada hari ini. Peratus keseluruhan lulus meningkat kepada 82%. Tahniah kepada semua guru dan pelajar.

SKTTA boleh!!!!


SALAM TUAN/PUAN, SAYA SEDANG MENCARI MARKET/PROMOSI MOTIVASI: Barangsiapa rakan-rakan yang memerlukan/INGIN MENGADAKAN KURSUS, BENGKEL, PROGRAM DAN LATIHAN berbentuk MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN DIRI...sila HUBUNGI SAYA...saya SEDIA MEMBANTU ANDA...SAMA ADA DI KALANGAN STAFF/KARYAWAN ATAU PELAJAR SAMA ADA DARI AGENSI/ORGANISASI/JABATAN/PERSATUAN/ DAN SEBAGAINYA. HARGA MENARIK Wed 9-Sep-2009 14:54
Posted by:Esham Bin Abd Hamid smart0808@gmail.com
wow!!!
congratulations guys..
very good job for academics...
i've got 4A 1B..
that's its ok with me...
Mon 12-Oct-2009 01:45
Posted by:nurfarra aiza(student 2008) agogo_aiza@yahoo.com.my
saya terasa amat rindu kepada Pn.Hamijah dan cikgu yg lain. Saya harap cikgu dapat membaca apa yg saya tulis nie. Tue 17-Nov-2009 03:57
Posted by:NURUL FADZILAH zillah_sweetjb@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Thursday, 13-Nov-2008 10:16 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Akhir Tahun Kelab Bilik Guru 2008

 
 
 
 
 
 
View all 87 photos...




Foto oleh : mknace & Cik Norzila : Berita oleh : mknace


Jamuan akhir tahun Kelab Bilik Guru pada tahun ini dijalankan di Hotel Rasa Sayang, Johor Bahru. Jamuan ini dimulakan pada jam 2.30 petang diikuti dengan ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Guru Besar.

Majlis diserikan lagi dengan sambutan hari jadi Pn. S. Hanim, Guru Besar SKTTA yang kebetulan jatuh pada hari ini. Seterusnya guru-guru yang bertukar sekolah diraikan dan upacara cabutan bertuah menyusul sejurus kemudian. Majlis ini berakhir pada jam 4 petang.


Care to comment?


Saturday, 8-Nov-2008 15:08 Email | Share | | Bookmark
Gotong Royong Perdana

 
 
 
View all 8 photos...




Berita oleh : mknace | Foto oleh : Cik Norzila


Satu program Gotong royong Perdana akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai langkah awal bagi pencegahan pembiakan nyamuk Aedes pada hari Sabtu, 8 November 2008.

Program ini dijalankan merangkumi seluruh kawasan sekolah.


Care to comment?


Friday, 7-Nov-2008 14:40 Email | Share | | Bookmark
Majlis Konvokesyen Pendidikan Khas

 
 
 
View all 13 photos...




Foto dan berita oleh : Cik Norzila



Pada 7 November 2008, Majlis Konvokesyen Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru telah diadakan di Dewan Malaysia Productivity Corporation. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Md. Amin bin Anis, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Salah seorang penerima sijil merupakan murid dari SK Taman Tun Aminah iaitu Natahira binti Mohamed yang akan menamatkan pelajaran di sekolah rendah dan akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Sementara itu, guru-guru pendidikan khas SKTTA pula telah bertugas sebagai pengelola peserta semasa majlis berlangsung bersama-sama dengan guru-guru dari SKPK Princess Elizabeth dan SK Kompleks Sultan Abu Bakar.

Sepanjang majlis penyampaian sijil berlangsug, ia turut diselang selikan dengan persembahan daripada anak-anak istimewa ini iaitu persembahan bercerita kisah nabi, nyanyian, nasyid dan tarian. Majlis telah berjaya dijalankan seiring dengan aturcara yang dirancang dan tamat pada jam 11.30 pg.


Care to comment?


Friday, 7-Nov-2008 03:08 Email | Share | | Bookmark
Perkhemahan Unit beruniform

 
 
 
View all 103 photos...




Foto oleh : mknace dan Cik Norzila : Berita oleh : mknace


Perkhemahan unit beruniform telah dijalankan di SK Taman Tun Aminah pada hari ini. Bermula jam 2.30 petang lagi, kelibat pelajar dan guru yang terlibat dengan perkhemahan ini telah kelihatan mendaftar di sekolah.


hi apa lah aku ni tu lah main2 lagi kan dah jatuh malunya aku walaupun malu aku sentiasa kool kan Sat 15-Nov-2008 06:56
Posted by:amir_akmal83@yahoo.com
Cayalah ko amir! Fri 31-Jul-2009 11:57
Posted by:khairi akmal_khairi@yahoo.com
SALAM TUAN/PUAN, SAYA SEDANG MENCARI MARKET/PROMOSI MOTIVASI: Barangsiapa rakan-rakan yang memerlukan/INGIN MENGADAKAN KURSUS, BENGKEL, PROGRAM DAN LATIHAN berbentuk MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN DIRI...sila HUBUNGI SAYA...saya SEDIA MEMBANTU ANDA...SAMA ADA DI KALANGAN STAFF/KARYAWAN ATAU PELAJAR SAMA ADA DARI AGENSI/ORGANISASI/JABATAN/PERSATUAN/ DAN SEBAGAINYA. HARGA MENARIK Wed 9-Sep-2009 15:11
Posted by:Esham Bin Abd Hamid smart0808@gmail.com
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 5-Nov-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
Kursus EduwebTV sesi 3

 
 
 
View all 139 photos...




Foto oleh : mknace dan Tajulariff | Berita oleh : mknace


Kursus EduwebTV sesi 3 telah berlangsung dengan baik bertempat di Makmal Komputer 1, SKTTA. Seramai 20 orang peserta dari sekolah-sekolah Rendah dan Menengah daerah Johor Bahru menghadiri kursus ini.

Kursus yang dikendalikan oleh Cik Siti Aisha binti Abu Bakar dengan dibantu oleh Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamed Ali ini banyak memberi pendedahan kepada guru-guru yang menjadi peserta berkenaan teknik penggunaan Video khususnya dari laman web EduwebTV secara berkesan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas kelak.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini diharapkan akan dapat memberi input yang berguna kepada peserta kursus untuk dipraktikkan di sekolah masing-masing kelak.


Care to comment?


Tuesday, 4-Nov-2008 01:14 Email | Share | | Bookmark
Hari PPSMI 2008

 
 
 
View all 16 photos...




Foto oleh : mknace & Pn. Teng | Berita oleh : mknace


Hari PPSMI telah dijalankan di Makmal Sains SKTTA bermula pada hari ini. Pelajar-pelajar diberikan 6 tugasan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan dipecahkan kepada subjek sains dan matematik. Hari PPSMI akan berlangsung sehingga esok; Rabu, 5 November 2008.


Care to comment?


Monday, 3-Nov-2008 13:25 Email | Share | | Bookmark
Kursus EduwebTV sesi 2

 
 
 
View all 79 photos...




Foto dan berita oleh : mknace


Kursus EduwebTV sesi 2 telah berlangsung dengan baik bertempat di Makmal Komputer 1, SKTTA. Seramai 20 orang peserta dari sekolah-sekolah Rendah daerah Johor Bahru menghadiri kursus ini.

Kursus yang dikendalikan oleh Cik Siti Aisha binti Abu Bakar dengan dibantu oleh Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamed Ali ini banyak memberi pendedahan kepada guru-guru yang menjadi peserta berkenaan teknik penggunaan Video khususnya dari laman web EduwebTV secara berkesan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas kelak.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini diharapkan akan dapat memberi input yang berguna kepada peserta kursus untuk dipraktikkan di sekolah masing-masing kelak.


Care to comment?


Friday, 31-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Kanak-kanak SKTTA

 
 
 
View all 57 photos...


Foto oleh : Cik Zila


Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut meriah di SKTTA pada hari ini.



Care to comment?


Wednesday, 29-Oct-2008 14:05 Email | Share | | Bookmark
Kursus EduwebTV sesi 1

 
 
 
View all 14 photos...


Foto dan berita oleh : mknace


Kursus EduwebTV sesi 1 telah berlangsung dengan baik bertempat di Makmal Komputer 1, SKTTA. Seramai 20 orang peserta dari sekolah-sekolah Menengah daerah Johor Bahru menghadiri kursus ini.

Kursus yang dikendalikan oleh Tn. Hj. Ahmad Md. Said dengan dibantu oleh En. Raja Khaidir ini banyak memberi pendedahan kepada guru-guru yang menjadi peserta berkenaan teknik penggunaan Video khususnya dari laman web EduwebTV secara berkesan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas kelak.

Pada hari kedua pula, peserta-peserta membentangkan tugasan yang diberikan dan kemudiannya penerangan dan perbincangan bagaimana program latihan portal Eduwebtv (PLPE) akan dilaksanakan di sekolah dikendalikan oleh En. Syed Hassan.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini diharapkan akan dapat memberi input yang berguna kepada peserta kursus untuk dipraktikkan di sekolah masing-masing kelak.


Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.